Selasa, 27 Mac 2012

MAJLIS PELANCARAN RONDAAN BERSAMA PDRM/RELA /JPAM – HIGH VISIBILITY (14 Dis 2011)

Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM/RELA/JPAM – High Visibility telah diadakan pada 14 Disember 2011 (Rabu) di Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr. Ismail, Brickfiels Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Majlis yang di anjurkan oleh PDRM itu telah disertai oleh RELA,JPAM dan Rukun Tetangga dari daerah-daerah yang berhampiran. Majlis ini adalah salah satu daripada 50 inisiatif PDRM dengan kerjasama RELA dan JPAM dalam usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan memandangkan mengurangkan jenayah adalah salah satu daripada NKRA KDN. Inisiatif-inisiatif berkenaan telah menampakkan kesan positif apabila index jenayah telah berjaya dikurangkan.

Majlis di meriahkan dengan perarakan konvoi kenderaan dari PDRM, RELA dan JPAM serta persembahan gimmick dari PVR RELA, JPAM dan PDRM. Majlis juga diserikan dengan penyampaian cenderamata daripada pengerusi/wakil persatuan penduduk dari Taman Tun Dr. Ismail, Kampung Sg. Penchala, Rumah Panjang Bukit Kiara, dan Bukit Lanjan kepada RELA, JPAM, PDRM dan SRS.Majlis berakhir dengan lawatan KSU KDN ke lot-lot kedai sekitar lokasi majlis dan sidang media.


sumber :http://www.rela.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1037:majlis-pelancaran-rondaan-bersama-pdrmrela-jpam--high-visibility-14-dis-2011&catid=257:aktiviti-terkini&Itemid=1115&lang=en

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH