Latihan membabitkan dua pasukan penyelamat itu dirintis Balai Bomba dan Penyelamat Besut dengan JPAM Besut membabitkan keseluruhan anggota seramai 32 orang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, latihan diadakan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku pada bila-bila masa.
Menurutnya, latihan ini adalah perintis untuk menjalinkan kerjasama lebih padu antara kedua-dua agensi penyelamat itu dalam tugas pengendalian bot dan menyelamat mangsa dalam air.
“Seramai 15 anggota bomba dan 17 JPAM termasuk seorang anggota wanita JPAM diberi pendeda-han asas berkaitan pemanduan bot serta asas menyelamat mangsa menggunakan ‘life bouy’ (pelampung).
“Sebanyak enam bot digunakan dalam latihan tersebut iaitu masing-masing tiga bot bomba dan JPAM serta sebuah bot getah (Kavlar) milik Bomba turut digunakan,” katanya.
Hadir sama, Pegawai JPAM Besut, Mohd Suhaimi Awang. Sementara itu, Mohd Suhaimi berkata, latihan bersama itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana dapat berkongsi kemahiran bagi memastikan semua anggota memberi perkhidmatan terbaik ketika banjir.
“Latihan seumpama ini penting kerana kerana ia menyentuh aspek keselamatan anggota dan orang awam apabila situasi sebenar berlaku manakala latihan bersama seperti ini akan diadakan secara berterusan,” katanya.
sumber :Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 17, 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH