Sabtu, 11 Ogos 2012

PRINSIP-PRINSIP “RICE” ( serangan mendadak pada otot dan kecederaan tulang )

 

 

 

 

"RICE" ialah rawatan asas untuk serangan mendadak pada otot dan kecederaan tulang:

1. Rest(Rehat): baringkan orang tercedera dan jangan bebankan kawasan tercedera.

2. Ice(Ais): gunakan ais atau pek sejuk untuk menyejukkan kawasan yang tercedera. Beg yang berisi ais ialah cara terbaik. Kemudian balutkan dengan kain lembap.


3. Compression(mampatan): balutkan anggota badan tercedera dengan pembalut mampat untuk sokong dan hadkan pergerakan anggota badan.

4. Elevation(kedudukan): anggota badan yang tercedera sepatutnya disokong supaya berada di atas paras jantung.

ITU Recommended Phonetics

A Alpha
B Bravo
C Charlie
D Delta
E Echo
F Foxtrot
G Golf
H Hotel
I India
J Juliet
K Kilo
L Lima
M Mike
N November
O Oscar
P Papa
Q Quebec
R Rome
S Sierra
T Tango
U Uniform
V Victor
W Whiskey
X Xray
Y Yankee
Z Zulu

 

 

 

 



0 Zero

 


1 Wun

2 Bis
3 Ter
4 Quarto
5 Penta
6 Saxo
7 Sette

8 Octo
9 Nona
Point - Decimal

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pondok dalam kawasan Rawang ( paya )




Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.

BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap .
salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-

a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang.
Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.
3. Tali.
Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.



SHARING IS CARING

Malaysia Civil Defence cadet

Malaysia Civil defence on Raya duty

Khamis, 9 Ogos 2012

Ujian pada tumbuhan sama ada boleh dimakan atau tidak.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN



Dalam memastikan sama ada tumbuhan tersebut boleh dimakan kita perlu membuat sedikit ujian :



1. Menghidu. 


Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. 

2. Bergetah
Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

3. Kegatalan pada kulit

Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.


4. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan kunyah.


Simpton yang wujud jika tumbuhan tidak boleh dimakan.

a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.



5.  Menelan Sedikit. 

Jika tiada sebarang reaksi negatif  dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. JIka wujud :

a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang


Tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.

6.  Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam tumbuhan itu boleh dimakan.




Amaran : Sila rujuk pada pakar jika tidak yakin.

Rabu, 8 Ogos 2012

Ikhtiar hidup- Buah Leletup



Pokok Leletup ni jenis menjalar dan  menumpang.
Pucuknya dicelor sedap dibuat ulam. Rasa lemak.
Buah hijau  masak tapi kalau dah masak buahnya akan kekuningan
Isinya seperti buah markisa, lemak manis.

Ikhtiar hidup- Buah kamunting



 Masak warnanya akan bertukar dari hijau kepada purple.
 Pokoknya  3 kaki,  banyak cabang dahan, 
 satu pokok menghasilkan banyak buah.
 Bunga cantik, ada warna purple dan ada juga berwarna putih.
Buah kalau masak warnanya akan bertukar menjadi hitam.
Rasanya manis 

Selasa, 7 Ogos 2012

Ikhtiar hidup- Buah Pelandok

 
Buah Pelandok
 
 
Apa yang pasti buahnya lemak manis, dan bijinya seperti rempah bulat.
Bila muda buahnya kehijauan, bila masak warrnanya akan bertukar jadi merah.
Pokoknya mempunyai ketinggian 1 kaki sahaja.
Mempunyai banyak dahan, jadi apabila berbuah cantik kerana warna merah akan bertaburan sekeliling kita.
Selalunya dia tumbuh di dalam kebun getah atau di dalam hutan.