Isnin, 4 Februari 2013

Kekosongan Jawatan Pegawai Gred 44 (Terbuka) secara peminjaman/pertukaran sementara di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan melaksanakan pengisian kekosongan jawatan Pegawai Gred 44 (Terbuka) secara peminjaman/pertukaran sementara di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Permohonan ini terbuka kepada semua pegawai Gred 41 dan Gred 44 yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di pelbagai skim perkhidmatan.
• TARAF JAWATAN: Peminjaman / Pertukaran Sementara
• SYARAT LANTIKAN:
a. Berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan dalam skim perkhidmatan sekarang.
• DESKRIPSI TUGAS UTAMA:
Bertugas sebagai penemu duga serta lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
• KRITERIA PEMOHON :
a. Memiliki ciri-ciri kemahiran berkomunikasi yang tinggi.
b. Sanggup bertugas di luar pejabat.
c. Bersedia menerima arahan tugasan dalam tempoh yang singkat.
d. Memahami skim-skim perkhidmatan Kerajaan yang berkuat kuasa.
e. Boleh terlibat secara aktif dalam semua program engagement yang melibatkan SPA.
f. Memiliki kereta untuk menjalankan tugas sebagai penemuduga.
• CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui pautan laman web SPA di http://www.spa.gov.my dan mengisi Borang SPA.PN.1/2013 seperti di kembaran dan dihantar kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan
Aras 9, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
• TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Februari 2013.

Sumber : http://www.spa.gov.my/Portal/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH