Sabtu, 14 April 2012

Nissan Navara Malaysia Civil Defence









Nissan Navara merupakan sebuh kenderaan pacuan 4 roda yang baru memasuki inventori kenderaan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Cukup bertenaga dengan 6 gear kelajuan dan memang berbaloi-baloi memilikinya.
Semenjak memasuki perkhidmatan operasi JPAM, tidak mempunyai masalah dan sudah menjadi bualan hangat anggota dan pemandu berhubung dengan keupayaan kenderaan ini untuk meredah segala bentuk muka bumi di kawasan operasi. Ianya boleh dicadangkan untuk digunakan oleh Pasukan Khas Pertahanan Awam ( PASPA ) bagi kategori kenderaan pacuan 4 roda untuk dioperasikan dengan kenderaan pengangkut PASPA yang lain.
Aku memang dah bawak kenderaan ini dan memang diakui sesuai untuk keadaan lebuhraya malah telah diuji untuk kenaikan di Bukit Bendera juga amat sesuai kerana mudah untuk pemanduan di tepi cerun, mendaki, brek yang mencengkam dan keupayaan pacuan 4 roda untuk mendaki.
Ruang yang luas juga memudahkan untuk membawak barang malah telah digunakan untuk menarik bot jenis aluminium 16 kaki bersama dengan peralatan enjin boat dan menyelamat lain pun cukup berkuasa. Jika aku ditanya pendapat mana pembelian kenderaan pacuan 4 roda untuk tambahan JPAM, memang aku cadangkan Nissan Navara. Memang tip top untuk semua operasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH