Walaupun tidak semua ular itu berbisa, adalah dinasihatkan setiap kes gigitan ular merupakan kes kecemasan dan mangsa hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
Jangan tunggu sehingga tanda-tanda keracunan bisa ular kelihatan. Rawatan dengan menyuntik antivenin kepada mangsa gigitan ular telah terbukti berkesan.
Perlu diingat penggunaannya mungkin mendatangkan kesan sampingan yang boleh membahayakan nyawa mangsa. Oleh yang demikian ia mesti dilakukan oleh pegawai perubatan dan seeloknya dirawat di hospital.
Pastikan mangsa berkeadaan tenang. Mangsa gigitan ular biasanya terkejut dan takut. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular. Berlainan ilengan kesan bisa ular yang hanya nyata selepas 15 minit ataupun beberapa jam selepas dipatuk ular.
Oleh itu mangsa hendaklah sentiasa tenang dan diberitahu bahawa:
- Tujuan rawatan ialah untuk memastikan ia sembuh sepenuhnya.
- Ular tersebut mungkin tidak berbisa.
- Tidak semua ular yang berbisa berjaya menyuntikkan bisanya. Pengesahan keracunan bisa ular hanya boleh dibuat apabila terdapat tanda seperti disebut di atas.
- Baringkan mangsa dan elak pada bergerak.
- Pastikan bahagian yang digigit tidak digerakkan, ia akan mencegah racun daripada disebarkan dengan lebih meluas lagi.
- Balut kawasan yang digigit dengan pembalut (gunakan splint).
- Salur intravenous hendaklah dipasang pada bahagian anggota yang sihat, ini bagi memudahkan proses memasukkan antivenin.
- Bawa mangsa-ke hospital terdekat.
ADMIN- Untuk petugas yang bertugas di bilik Gerakan JPAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH