Jumaat, 6 April 2012

Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) - Pertahanan Awam Malaysia



Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Awam Negeri dan Daerah telah diarah melaksanakan Penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun.

TUJUAN PENUBUHAN

1. Membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal.

2. Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan diperingkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.

3.Penubuhan CDERT ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.

4.Penubuhan CDERT oleh Jabatan adalah selaras dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 yang berkehendakkan semua agensi atau pemilik menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat serta mempunyai tahap perlindungan tinggi daripada bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa semasa melaksanakan perkhidmatan.

Sesungguhnya impak / kesan daripada sesuatu kejadian kecemasan, kemalangan atau bencana sudah pasti amat memeritkan dan agak sukar diramalkan serta mendatangkan kerugian yang sukar diterima oleh individu, agensi atau syarikat yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH