BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI-AKTIVITI Malaysia Civil Defence (Mcdef) SEBAGAI TATAPAN KEPADA UMUM. BERTUJUAN UNTUK MENARIK LAGI RAMAI ORANG AWAM MENYERTAI SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT. Malaysian Civil Defence, a statutory service that acts as a backup to the full time emergency services.Within this website we hope to give you, the public, an insight into what we do.Thank you
Jumaat, 16 November 2012
Selasa, 6 November 2012
Rabu, 24 Oktober 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
Sabtu, 13 Oktober 2012
Rabu, 10 Oktober 2012
Selasa, 9 Oktober 2012
Isnin, 8 Oktober 2012
Sabtu, 6 Oktober 2012
Jumaat, 28 September 2012
Rabu, 26 September 2012
Selasa, 18 September 2012
Isnin, 17 September 2012
Ahad, 9 September 2012
Sabtu, 8 September 2012
Selasa, 4 September 2012
Isnin, 3 September 2012
Ahad, 2 September 2012
Sabtu, 1 September 2012
Sabtu, 11 Ogos 2012
PRINSIP-PRINSIP “RICE” ( serangan mendadak pada otot dan kecederaan tulang )
"RICE" ialah rawatan asas untuk serangan mendadak pada otot dan kecederaan tulang:
1. Rest(Rehat): baringkan orang tercedera dan jangan bebankan kawasan tercedera.2. Ice(Ais): gunakan ais atau pek sejuk untuk menyejukkan kawasan yang tercedera. Beg yang berisi ais ialah cara terbaik. Kemudian balutkan dengan kain lembap.
3. Compression(mampatan): balutkan anggota badan tercedera dengan pembalut mampat untuk sokong dan hadkan pergerakan anggota badan.
4. Elevation(kedudukan): anggota badan yang tercedera sepatutnya disokong supaya berada di atas paras jantung.
ITU Recommended Phonetics
A Alpha
B Bravo
C
Charlie
D Delta
E Echo
F Foxtrot
G Golf
H Hotel
I India
J Juliet
K Kilo
L Lima
M Mike
N November
O Oscar
P Papa
Q Quebec
R Rome
S Sierra
T Tango
U Uniform
V Victor
W Whiskey
X Xray
Y Yankee
Z Zulu
0 Zero
1 Wun
2 Bis
3 Ter
4 Quarto
5 Penta
6 Saxo
7 Sette
8 Octo
9 Nona
Point - Decimal
Jumaat, 10 Ogos 2012
Pondok dalam kawasan Rawang ( paya )
Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap .
1. Atap .
salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam
hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.
2. Tiang dan Alang.
Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam
hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz
yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa
yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah
dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat
atap.
3. Tali.
3. Tali.
Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang
dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan
akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.
SHARING IS CARING
Khamis, 9 Ogos 2012
Ujian pada tumbuhan sama ada boleh dimakan atau tidak.
UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Dalam memastikan sama ada tumbuhan tersebut boleh dimakan kita perlu membuat sedikit ujian :
1. Menghidu.
Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan.
2. Bergetah
Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
3. Kegatalan pada kulit
Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.
4. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan kunyah.
Simpton yang wujud jika tumbuhan tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
5. Menelan Sedikit.
Jika tiada sebarang reaksi negatif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. JIka wujud :
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
Tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.
6. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam tumbuhan itu boleh dimakan.
Amaran : Sila rujuk pada pakar jika tidak yakin.
Rabu, 8 Ogos 2012
Ikhtiar hidup- Buah Leletup
Pokok Leletup ni
jenis menjalar dan menumpang.
Pucuknya dicelor sedap dibuat ulam. Rasa lemak.
Buah hijau masak tapi kalau dah masak buahnya akan kekuningan
Isinya
seperti buah markisa, lemak manis.
Ikhtiar hidup- Buah kamunting
Masak warnanya akan bertukar dari hijau kepada purple.
Pokoknya 3 kaki, banyak cabang dahan,
satu pokok
menghasilkan banyak buah.
Bunga cantik, ada warna purple dan ada juga
berwarna putih.
Buah kalau masak warnanya akan bertukar menjadi
hitam.
Rasanya manis
Selasa, 7 Ogos 2012
Ikhtiar hidup- Buah Pelandok
Buah Pelandok
Apa yang pasti buahnya lemak manis, dan bijinya seperti rempah bulat.
Bila muda buahnya kehijauan, bila masak warrnanya akan bertukar jadi merah.
Pokoknya mempunyai ketinggian 1 kaki sahaja.
Mempunyai banyak dahan, jadi
apabila berbuah cantik kerana warna merah akan bertaburan
sekeliling kita.
Selalunya dia tumbuh di dalam kebun getah atau di dalam hutan.
Isnin, 6 Ogos 2012
Ahad, 5 Ogos 2012
Jumaat, 3 Ogos 2012
Rabu, 1 Ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)




















+ms2.jpg)



ms6.jpg)























