UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Dalam memastikan sama ada tumbuhan tersebut boleh dimakan kita perlu membuat sedikit ujian :
1. Menghidu.
Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan.
2. Bergetah
Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
3. Kegatalan pada kulit
Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.
4. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan kunyah.
Simpton yang wujud jika tumbuhan tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
5. Menelan Sedikit.
Jika tiada sebarang reaksi negatif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. JIka wujud :
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
Tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.
6. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam tumbuhan itu boleh dimakan.
Amaran : Sila rujuk pada pakar jika tidak yakin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH